CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 19, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah..akhirnya da hampir 5 bulan aku tgal brsma suamiku yg tercinta..akhirnya Allah telah makbulkan doa kami berdua..terima kasih Ya Allah...aku juga patut berterima kasih pd kakak n abg iparku..sbb mereka adalah penyumbang kepada kebahagiaan yg kami kecapi skg...hanya Allah yg dpt membalas jasa baik korang berdua...

Tuesday, April 12, 2011

::: Bersalahnya aku ::::

dua tiga hari ni aku rasa x tenang...ape saje yg aku buat rasa xkena..itula org kata,jgn buat org tua terasa...aku rasa bersalah sgt sbb tercakap kasar dgn ayah aritu..tp aku xbermaksud langsung...pada asalnya,aku call ayah sbb nak tau, bila ayah akn balik ke pahang...tp bila da bercakap,lain plak jdnya...kesannya...smpai ari ni aku rasa xtenang...nak call ayah semula aku rasa malu n xtau nak ckp ape...ayah,org mintak maaf..semoga org salah tafsir ttg isteri ayah yg baru...semoga dia betul2 ikhlas menerima ayah, ANAK2 & CUCU ayah...org sbg anak,cuma nak ayah bahagia dan tenang menikmati hidup ayah skg selepas banyak bersusah payah membesarkan kami semua....apepun org sgt syg ayah...dunia & akhirat..semoga satu hari ayah akan baca coretan org ni....

Thursday, March 31, 2011

::: rindu ::::

baru lepas 'membelek' facebook arwah..wlupun da buat 'deactivate' tp still aktif...myb ade hikmahnya...kenangan membesar bersama arwah masih segar di ingatan...sengaja cari penyakit...sambil 'membelek' sambil menangis.....sedih betul bila bca balik komen2 arwah....aku xdpt nk tahan sebak aku....aku rindu sgt2 pd arwah....rindu setengah mati....al-fatihah...kak,semoga hang aman di sana...bila hmpir hujung mggu mcm ni,aku rindu nk berkumpul mcm dlu lg...klu dlu waktu2 mcm ni,arwah da sibuk tanya aku nk buat ape hujung mggu nnt....xbleh nak teruskan da...sedih sgt2.......

Monday, March 28, 2011

::: Sendiri ::::

Termasuk hari ni da 10 hari aku duk sendiri di rumah sewa..mcm2 perasaan ade...sedih ade..takut ade..sunyi pun ade..huhuhu...yg xbestnye aku terpaksa tido dlm ketakutan...aku mmg penakut skit orgnya...ape bleh buat kan...yg pastinya lebih banyak yg xbest dari best...yg bestnya aku boleh hidup bebas...bebas dlm erti kata tidak terikat dgn kehidupan baru ayah aku..tp ape pun jua keadaannya aku kena cuba sesuaikan diri dengan keadaan skg...sebenarnya dah lama mr hubby mnyuarakan hasrat hatinya supaya aku hidup berdikari berpijak atas kaki sendiri cuma aku je yg belum cukup bersedia utk sahut hasrat murninya itu...dulu aku bleh bertahan selama sebulan je....aku harap kali ni Allah kuatkan semanngat aku dan tetapkan pendirianku supaya tidak menyusahkan hidup org lain lg..sebelum arwah kakak aku meninggal,aku sempat duduk 2 minggu kat umah sewa tu..tu pun dgn bertemankan adik aku,idah..tp skg dia da xnak temankan aku lg...ape bleh buatkan...xkan nak paksa org yg da xsudi..buat sakit hati je nnt...aku kena terima hakikat,yg aku sudah pun berkahwin dan terpaksa berjauhan dgn suami aku...aku xbleh libatkan org lain dlm kehidupan aku...lg pun org lain pun ade kehidupan mereka sendiri....aku kena kuatkan semangat...lg pun idah da nak pindah ke perak...nnt aku akn sunyi jgak...aku kena bersedia dari skg....aku xnak terlalu bergantung hidup dgn org...lg pun mak tiri aku mesti suka aku keluar dari rumah ayah aku....ye la kan...klu dia betul2 ade naluri seorang ibu,sekurang2nya dia akn halang aku masa aku mnyatakan hasrat utk tgal sendiri...ini x,dia lg menyokong dan mengeluarkan ayat "bila lg nak belajar berdikari"....hampeh...sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhh............

Thursday, March 17, 2011

::: Ape citer ::::

Da lama aku x update blog ni dgn citer2 aku...actually,aku baru je sihat...minggu lepas seminggu aku x masuk opis gara2 demam...seb baik suamiku ade d sisi....hehehe...selalunye demam aku cpt je kebah..myb kali ni lain skit sebab mr hubby ade kat rumah...bukan main menjadi2 sakit aku....all in one...batuk,selesema,sesak nafas...tp Alhamdulillah...aku da sihat & kembali bekerja spt biasa...yg best lg tu,skg cuti sekolah,so mr hubby ade kat rumah...jd, for this week, aku ade 'pak supir' utk ke opis....hehehe...jgn marah ye syg...gurau jek..sepanjang aku bercuti tu, aku balik rumah mak mertuaku yg tersayangla..sebenarnya x plan pun...klu ikut plan asal,sepatutnya aku cuti minggu ni..tp takdir Allah jua menentukan segalanya,jd aku 'cuti' awal...mr hubby risau nak tgalkan aku masa aku sakit,dia bwa aku balik johor...kat sana mr hubby yg jaga aku...suapkan ubat & everything...tp yg xsyoknye,lpas tu mr hubby la plak berjangkit..sian syg...seb baik lepas 2 hari rehat,badan aku da mcm kuat skit cuma batuk je yg xnak hilang.....so aku plak yg jga mr hubby...

tp ade hikmahnya...kat sana aku  baru dpt rasa hidup alam berumahtangga yg sebenar...ye la, mana xnya,baru dpt tlg gosokkan baju hubby....salam tgn dia sebelum dia pergi kerja,masakkan dia sebelum dia balik kerja....sambut depan pintu bila hubby balik kerja...layan dia masa mkn...wah da mcm suri rumah sepenuh masa dah..calon isteri solehah la katakan...wahahahahahahakhakahak.....bahagianya aku rasa...wlupun badan masa tu masih lemah tp aku spt dpt kekuatan lain..syukur kpd Allah sbb berikan aku moment yg mcm ni....thanks Allah...mcm besela,klu aku kat sana, mr hubby mesti buat special request...mula2 dia nak mkn nasi air (bubur nasi + sup n etc)...pastu nak mkn nasi ayam...then mee kari....ape saje utkmu...aku berjaya penuhi semua permintaan hubby...hrp2 suami aku berpuas hati...

kalau balik rumah mak mertua,jadual harian aku full...dr pg sampai ptg....tp sempat je tido...hihihi...suami aku excited sgt nak tunjukkan aku,kandang kambing yg baru siap...Alhamdulillah.....segalanya berjalan spt yg  di rancang....kandang kambing kami da siap sepenuhnya...lepas ni hrp2 kambing2 perliharaan dptla bekembang dengan produktifnya...amin....so bermulala tugas baru aku kat sana,jaga kambing..wahhh...berpeluh aku...terus sihat...mana xnya kena jga kambing meragut....takut juga klu2 kambing mkn tanaman org...nnt susah plak nak menjawab kat 'sana'....hari nak balik kuantan,kami dpt 3 ekor anak kambing baru..bertambah lagi rezeki dari Allah....syukur Alhamdulillah..tp syg..aku xsempat nak ambik gmbar sbb da nak balik..huhuhu..pendek cerita...best giler la cuti x dirancang ni....hehehe...








Friday, March 4, 2011

::: Hidup mesti diteruskan :::

Semalam (3 Mac 2011), genap 30 hari kakak aku pergi tgalkan kami semua...terasa cpt betul masa berlalu...tup2 da masuk bulan mac da...semalam jgak along & aliya (anak arwah) terpaksa dirujuk ke HTAA atas masalah kesihatan..along sbb ade sinus aliya plak kena cek darah..sbb masa arwah mngandungkan dia,arwah da pun kena blood cancer tu...yg lebih mnyedihkan,aliya terpaksa dirujuk ke pakar pemakanan disebabkan berat badan masih tidak bertambah..usia sudah mencecah 10 bulan tetapi berat masih 4.4kg shj...sedih sgt bila mngenangkan nasib aliya..seawal 22 hari dia da terpaksa pisah susu dgn ibu...arwah ibu lsg xsempat nak 'mencara' ke aliya disebabkab sakit...aliya xpernah merasa kasih syg seorang ibu..yg mgkin dia kenal skg hanyala bibik...sedihnya....anak2 arwah terpaksa berdikari wlupun masing2 masih kecil lg...msa aku umur diorng dulu,isi nasi dlm pinggan pun mak lg yg buatkan...tp ape kan daya,Allah lebih menyanyangi ibu mereka...semoga anak2 buah anjang tabah menghadapi semua ini...

Wednesday, March 2, 2011

::: 25 Jenis Wanita :::


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

 12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit  suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc.

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita: Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Wallahua'lam..

::: 19 Hadis nabi mengenai wanita :::


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka

Monday, February 28, 2011

::: 26 Februari 2011 ::::

Alhamdulillah...wlupun hadapi kesukaran pd awalnya,akhirnya kami semua, seluruh keluarga dpt berkumpul utk sama2 menyaksikan majlis persandingan antara anek dgn pilihan hatinya..majlis tersebut berjalan dengan lancar....semoga anek dan isteri kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan dpt memimpin isterinya yg merupakan saudara baru dgn baik...diucapkan ribuan terima kasih kpd semua adik beradikku d atas semangat kekeluargaan yg diberikan..aku amat terharu bila tgk semua adik beradikku ade dlm majlis tersebut...terima kasih semua,wlupun kta ade selisih fhm,berlainan pendapat,terasa hati tp kita tetap bersatu...hanya tinggal kta untuk teruskan kehidupan ni....jgnla kta berpecah belah sbb arwah mak selalu pesan..."adik beradik jgn bergaduh"...xperlulah aku menyatakan ayat mak yg sebenar..cukup korang tau..mak selalu ckp.."klu dgn kwn ji.........."korang semua tau kan ayat tu...hahahaha...so bersatu la kita dlm ape jua keadaan...

tgh tgk  joget lambak

lepas mkn...rehat kat tepi smbil tgk joget lambak

pengantin baru yg dirai...

keluargaku...buat pertama kalinya semua adik beradikku dpt bgmbar bsama tp setelah perginya seorang ibu dan kakak sulong...

Friday, February 25, 2011

::: Ada satu rasa yg terpendam :::

Hari ini..dlm hati aku..ade satu rasa yg aku sengaja pendamkan supaya tidak mengeruhkan keadaan...aku xtau pada sape harus aku luahkan agar ianya tidak membengkak dlm hati aku...perlukah aku menangis...?arghhh...menangis pun belum tntu dpt meredakan rasa itu...sakitnya...pedihnya....sedihnya...beratnya...ya Allah,bantulah hambaMu yg lemah ini...susahnya mjd seorang insan yg bernama RUSLINA ISMAIL..rasa spt ingin pergi jauh dr sini..tp ke mana?kenapa hati aku x bleh jd keras...kenapa???aku nak sgt jd keras hati...kenapa setiap kali aku rasa mcm ni,hati aku masih lembut menerima keadaan ni...tlg la HATI...jgnla terlalu lembut...org lain xprnah fikir pasal hati aku....org lain xpernah fikir pasal perasaan aku...org lain xpernah pikir susahnya aku....smpai bila aku bleh pendamkan rasa ni...aku sendiri xtau.....mgkin smpai mati la aku mcm ni....asyik memikirkan hati org lain tp hati aku sendiri di siat2 lumat.....

::: Jumaat :::

Hari ni boring betul...semua sahabat2 aku xde di opis ari ni...AZIE..cuti sbb demam, AZMA & MARLINA..kena masuk camp la plak..latihan ketenteraan..hahahaha...ade bengkel la plak kat pekan...KAK YANA...kursus peguam..hahaha...best2...SAL...nak time off...habis tu mcm mna dgn aku...aduyai...bosannye..hari jumaat besenya jd hari yg paling best utk ktaorg....hohohohohohoho...

Thursday, February 24, 2011

::: Geram :::

Pagi ni..aku rasa geram sgt dgn seseorang...dia ni bleh digelarkan "harapkan pagar,pagar mkn padi"..yg aku geram sgt..masalah dalaman,yg dia sndiri xtau hujung pangkalnya,bleh pg canang kat org luar...come on la...ko pkai tudung labuh,amalan ko lebih pada org tp ko mcm x takut balasan Allah...ape yg sebenarnya ko nak...aku da bnyak kali cuba ikhlaskan diri utk terima ko..tp setiap kali aku rasa nk terima ko seadanya,pasti ade je benda yg ko buat yg buat aku sakit hati....hilang respect aku kat org mcm ko nih....

Ya Allah..kat mna la silapnye ni...susah betul aku nak nilai org mcm ni....nmpak baik sgt..tp hati...ya Allah aku xtau..berikanla aku petunjuk utk mngenali org ni...klu betul dia ikhlas,tunjukkanlah....klu sebaliknya,ampunkan la dosa dia ya Allah...berikanlah dia petunjuk dan hidayah....

Wednesday, February 23, 2011

::: Alhamdulillah :::

Hari ni aku rasa tenang...baru je lepas habis meeting dgn P&I..Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar..harap semua PTJ yang aku audit lepas ni memberi kerjasama yg sama spt di P&I..

aku juga rasa bahagia bila dpt tau berita gembira drp suami tercinta...ternakan kambing yg kami usahakan hasil perkongsian dgn kakak iparku n husband dia makin berkembang malah kandang baru yg baru dibuat pd bulan 12 baru2 ni pun da 99% siap..Alhamdulillah..terima kasih Allah kerana memberi kami rezeki itu...so aku balik johor bulan 3 ni,kandang tu 100% siap la...xsabar plak nk tgk...hehehe..hrp2 kambing2 yg kami ternak tu semakin produktif tahun ni....aminnn....

Sebahagian drp kambing2 yg ada

sebahagian lg..

P/S: kepada sesiapa yg nak buat akikah or korban or nak mkn saje2 bleh la tgalkan msg di sini..available di johor (hidup or yg siap sembelih) n kuantan (yg siap sembelih je..sbb susah nak bwa)..harga boleh runding..siap promote lg tuh...hehehe

Tuesday, February 22, 2011

::: Jiwang lalala jiwang hahaha ::::

Lirik lagu ni aku tuju khas buat suami aku yg tercinta.....cinta xdpt diungkapkan dgn kata2 tp bleh d terjemahkan dlm lirik lagu...hohoho..jiwang...hehehehe..mr Md Subki Baharom...lagu ni d tujukan khas buatmu..

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…

::: Anak2 Buahku :::

Aku rindu  sgt2 kat anak2 buah aku..tp aku da bleh nak layan diorng mcm dulu di sebabkan status aku sbg isteri org..kakak aku da meninggal dunia,jd ade sekatan utk aku pergi ke rumah diorang..sbb skg diorng tgal dgn bapanya....rindu sgt nak membelai dan melayan diorang mcm dulu..aku terlalu sygkan anak2 buah aku..semuanya...xde yg terkecuali..semua aku syg sama rata..skg aku da ade 10 org anak buah..tp yg 5 tu da xde ibu...diorang sgt rapat dgn aku..masa along,angah & abg yaz kecik dulu aku yg jaga diorang sbb kakak aku terlalu sibuk masa tu..kerap outstation..jd budak2 ni mmg tgal ngan aku & arwah mak..kebetulan masa tu aku baru je tamat belajar..blum dpt kerja jd aku yg jaga...mkn minum,berak kencing...everything...tp skg aku da xdpt nak buat sume tu...mcm mna kehidupan diorang tnpa ibu...?dpt ke diorang berdikari..?sape yg akn jga diorang?siapa yg akan ajar diorang?homework etc...mcm mna????aku dpt dgr suara diorang je...paling x, masa suami aku xbalik..aku sempat la layan sekejap..tp xlama..hnya 2 hari...semalam masa aku call,aku dpt tau munjied demam..sian dia..merenget cari anjang (akula tu)..kecik2 lg da kehilangan kasih syg ibu....Ya Allah...tabahkan la hati anak2 buah aku utk harungi hidup ini...semoga diaorg membesar dengan sempurna & menjadi anak soleh...Amin...semoga semua anak2 buah anjang menjadi anak soleh & solehah...i love u all...
along,angah,abg yaz

kasih abg..munjied & aliya
Sarah & Aisy
Sarah,aisy & Fariha
Along,angah,abg yaz,munjied & sarah
izzati
ikram & ibu

::: weekend :::

weekend baru ni, mylovelyhubby bwa aku p muadzam...lepak umah kak lah...mmg aku da plan,this week mcm nk jln ke muadzam..so awl2 lg aku da pesan kat kak lah,aku teringin nak mkn ikan kerisi goreng smbal kering yg dia masak...my favorite..kak lah je yg pndai buat bnda ni..sbb aku pun blaja mkn,msa duduk ngan dia kat kl dlu..rupa2nya ni favorite baie (suami kak lah)..kak lah kata klu msak lauk ni hari2 pun xpe...sbb baie mmg suka..hahaha..sebelum aku smpai kak lah da p merempit ngn baie ke pasar beli lauk2 & stok2 rumah diorang mgu tu la..termasuk la ikan yg aku pesan...mmg jd hobi baru diorang la merempit berdua mcm tu..al maklumla sebelum kawin dulu x bleh....lantakla korang..asalkan korang bgia...

kak lah pesan kat aku,dtg awl skit tlg dia masak...hehehe..ok la..dia ckp breakfast dia masak bnyak..dia mmg suka masak tp mknnya kurang...ktaorg smpai dlm pkul 12 lebih la msa tu...masuk2 je rumah..,aku terus tuju ke meja mkn..buka tudung saji  kak lah...wahh..ade mee hoon goreng..ni da kira baik ni...mcm bese kak lah mmg suruh mkn la..klu habis kan pun xpe sbb nk masak lauk tgahari plak..x senonoh je aku..da la dtg lewat pastu smpai2 terus mkn...hekhekhek..seb baik umah kakak sndiri..aku n mr hubby pun mkn la...lpas mkn ktaorg lepak2 dulu dpan tv...kak lah, baie,aku,abi n anak2 kak lah...yg heran tu,aku bleh plak gelak besar tgk citer zombi kg pisang..da bnyak kali tyg kat astro tp aku xpernah tgk dr mula or tgk smpai habis..kdang2 buka, da tengah2 citer,kadang2 da nak habis..tp hari tu,aku bleh duduk tgk smpai habis citer tu n gelak besar..rupa2nya ok gak citer ni..patutla anak kak yana suka sgt citer ni..
Ini la rupa ikan goreng sambal kering

habis je citer tu masuk la time masak...aku tlg la kak lah kat dapur..yg bestnye,ikan tu mmg kak lah beli n dia yg nak masakkan..hahaha..seb baik dia x suruh aku..sbb yg leceh nak masak ikan tu, cili kering tu nak kna tumbuk...aku mmg culas skit klu bab2 nak menumbuk cili ni..klu blend kan senang..tp tu la,xjd la plak smbal kering ye dak....hehehe..aku tlg kak lah goreng kan sawi jer..yg best tu,sawi ni fresh dr ladang..baru petik..kak lah n bibik dia suka bercucuk tanam..berbudi pd tanah la katakan...tp hasilnya mmg berbaloi..dpt mkn sayur tnpa sebarang racun berbahaya...aku plak mmg suka giler sayur sawi..ape saje jenis sawi..kecik,pendek,besar,batang hijau or batang putih..asalkan nama sawi mmg aku suka..aku plak da lama x masak sawi goreng masam..mmg kna sgt la sawi tu dgn ikan smbal td...mesti sdap mkn tgahari ni...biarpun simple tp sume favorite..

Petang tu, xde ape2 aktiviti..so aku layan sarah main PS je...penat gak la kan....xpe..jnji seronok...mlm tu plak,kami p bjln ke pantai rompin..saje je..ambik angin mlm...1st time aku p situ..sbb mlm so xnmpak sgt view pntai tu..tp angin pntai mmg best..sejuk giler...sebab da kenyang ktaorg mkn simple2 je..lpas mkn ktaorg borak2..santai di mlm hari...angin mlm tu mmg kuat sgt..aku lupa aku duk dekat ngn pantai..hehehe..mmgla angin kuat..sejuk...waktu2 mcm ni aku mula la teringatkan arwah mak & kakak aku...kan best klu diorng masih ade..rindunye kat arwah....rindu setengah mati....

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu…

makkkk...kakkkk....





Monday, February 21, 2011

::: astro oh astro :::

Hari jumaat baru ni aku sgt happy sbb mr hubby balik..selalunya aku akn tgu mr hubby kat umah ayah je..tp ntah mcm mna kali ni aku rasa mcm nk tgu kat umah sndiri plak..so lpas keje ptg tu,aku terus la balik rumah...spt biasa,perkara pertama aku akn buat bila masuk rumah..switch on kipas..ok xde prob..kadang2 bukan ape nk cek je kot2 blackout ke...risau peti aku akn membusuk..Alhamdulillah ok je...tp yg xsyoknye..astro buat hal daa...da la aku tgah giler layan sinetron baru..'bintang & kejora'..alahai,,jgn la buat hal...bosan la aku...aku nak buat ape...tp ape yg aku bimbang mmg berlaku...lsg x bleh nak on......frust giler aku xdpt tgk bintang & kejora....aku tgu lagi..kot2 ok lpas ni...hmmm..smpai ke mlm..mcm tu la...aku xleh tgu da ni,aku pun call service centre astro...bila ckp ngn operatornya..dia ade la bg arahan ape yg patut aku buat..aku ikut sume arahannya..tp tnyata decoder astro aku mmg da rosak...3 kali aku call astro...last2 aku buka jgak report..so dia kta tgu nnt technician dia akn call aku semula...akhirnya sume citer yg aku suka tgk aritu melepas sudaaa...

Friday, February 18, 2011

::: Sharing is Caring :::

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun . Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif. .. . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka ". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri...... Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers

Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh . Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban......
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali .