CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 31, 2011

::: rindu ::::

baru lepas 'membelek' facebook arwah..wlupun da buat 'deactivate' tp still aktif...myb ade hikmahnya...kenangan membesar bersama arwah masih segar di ingatan...sengaja cari penyakit...sambil 'membelek' sambil menangis.....sedih betul bila bca balik komen2 arwah....aku xdpt nk tahan sebak aku....aku rindu sgt2 pd arwah....rindu setengah mati....al-fatihah...kak,semoga hang aman di sana...bila hmpir hujung mggu mcm ni,aku rindu nk berkumpul mcm dlu lg...klu dlu waktu2 mcm ni,arwah da sibuk tanya aku nk buat ape hujung mggu nnt....xbleh nak teruskan da...sedih sgt2.......

Monday, March 28, 2011

::: Sendiri ::::

Termasuk hari ni da 10 hari aku duk sendiri di rumah sewa..mcm2 perasaan ade...sedih ade..takut ade..sunyi pun ade..huhuhu...yg xbestnye aku terpaksa tido dlm ketakutan...aku mmg penakut skit orgnya...ape bleh buat kan...yg pastinya lebih banyak yg xbest dari best...yg bestnya aku boleh hidup bebas...bebas dlm erti kata tidak terikat dgn kehidupan baru ayah aku..tp ape pun jua keadaannya aku kena cuba sesuaikan diri dengan keadaan skg...sebenarnya dah lama mr hubby mnyuarakan hasrat hatinya supaya aku hidup berdikari berpijak atas kaki sendiri cuma aku je yg belum cukup bersedia utk sahut hasrat murninya itu...dulu aku bleh bertahan selama sebulan je....aku harap kali ni Allah kuatkan semanngat aku dan tetapkan pendirianku supaya tidak menyusahkan hidup org lain lg..sebelum arwah kakak aku meninggal,aku sempat duduk 2 minggu kat umah sewa tu..tu pun dgn bertemankan adik aku,idah..tp skg dia da xnak temankan aku lg...ape bleh buatkan...xkan nak paksa org yg da xsudi..buat sakit hati je nnt...aku kena terima hakikat,yg aku sudah pun berkahwin dan terpaksa berjauhan dgn suami aku...aku xbleh libatkan org lain dlm kehidupan aku...lg pun org lain pun ade kehidupan mereka sendiri....aku kena kuatkan semangat...lg pun idah da nak pindah ke perak...nnt aku akn sunyi jgak...aku kena bersedia dari skg....aku xnak terlalu bergantung hidup dgn org...lg pun mak tiri aku mesti suka aku keluar dari rumah ayah aku....ye la kan...klu dia betul2 ade naluri seorang ibu,sekurang2nya dia akn halang aku masa aku mnyatakan hasrat utk tgal sendiri...ini x,dia lg menyokong dan mengeluarkan ayat "bila lg nak belajar berdikari"....hampeh...sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhh............

Thursday, March 17, 2011

::: Ape citer ::::

Da lama aku x update blog ni dgn citer2 aku...actually,aku baru je sihat...minggu lepas seminggu aku x masuk opis gara2 demam...seb baik suamiku ade d sisi....hehehe...selalunye demam aku cpt je kebah..myb kali ni lain skit sebab mr hubby ade kat rumah...bukan main menjadi2 sakit aku....all in one...batuk,selesema,sesak nafas...tp Alhamdulillah...aku da sihat & kembali bekerja spt biasa...yg best lg tu,skg cuti sekolah,so mr hubby ade kat rumah...jd, for this week, aku ade 'pak supir' utk ke opis....hehehe...jgn marah ye syg...gurau jek..sepanjang aku bercuti tu, aku balik rumah mak mertuaku yg tersayangla..sebenarnya x plan pun...klu ikut plan asal,sepatutnya aku cuti minggu ni..tp takdir Allah jua menentukan segalanya,jd aku 'cuti' awal...mr hubby risau nak tgalkan aku masa aku sakit,dia bwa aku balik johor...kat sana mr hubby yg jaga aku...suapkan ubat & everything...tp yg xsyoknye,lpas tu mr hubby la plak berjangkit..sian syg...seb baik lepas 2 hari rehat,badan aku da mcm kuat skit cuma batuk je yg xnak hilang.....so aku plak yg jga mr hubby...

tp ade hikmahnya...kat sana aku  baru dpt rasa hidup alam berumahtangga yg sebenar...ye la, mana xnya,baru dpt tlg gosokkan baju hubby....salam tgn dia sebelum dia pergi kerja,masakkan dia sebelum dia balik kerja....sambut depan pintu bila hubby balik kerja...layan dia masa mkn...wah da mcm suri rumah sepenuh masa dah..calon isteri solehah la katakan...wahahahahahahakhakahak.....bahagianya aku rasa...wlupun badan masa tu masih lemah tp aku spt dpt kekuatan lain..syukur kpd Allah sbb berikan aku moment yg mcm ni....thanks Allah...mcm besela,klu aku kat sana, mr hubby mesti buat special request...mula2 dia nak mkn nasi air (bubur nasi + sup n etc)...pastu nak mkn nasi ayam...then mee kari....ape saje utkmu...aku berjaya penuhi semua permintaan hubby...hrp2 suami aku berpuas hati...

kalau balik rumah mak mertua,jadual harian aku full...dr pg sampai ptg....tp sempat je tido...hihihi...suami aku excited sgt nak tunjukkan aku,kandang kambing yg baru siap...Alhamdulillah.....segalanya berjalan spt yg  di rancang....kandang kambing kami da siap sepenuhnya...lepas ni hrp2 kambing2 perliharaan dptla bekembang dengan produktifnya...amin....so bermulala tugas baru aku kat sana,jaga kambing..wahhh...berpeluh aku...terus sihat...mana xnya kena jga kambing meragut....takut juga klu2 kambing mkn tanaman org...nnt susah plak nak menjawab kat 'sana'....hari nak balik kuantan,kami dpt 3 ekor anak kambing baru..bertambah lagi rezeki dari Allah....syukur Alhamdulillah..tp syg..aku xsempat nak ambik gmbar sbb da nak balik..huhuhu..pendek cerita...best giler la cuti x dirancang ni....hehehe...








Friday, March 4, 2011

::: Hidup mesti diteruskan :::

Semalam (3 Mac 2011), genap 30 hari kakak aku pergi tgalkan kami semua...terasa cpt betul masa berlalu...tup2 da masuk bulan mac da...semalam jgak along & aliya (anak arwah) terpaksa dirujuk ke HTAA atas masalah kesihatan..along sbb ade sinus aliya plak kena cek darah..sbb masa arwah mngandungkan dia,arwah da pun kena blood cancer tu...yg lebih mnyedihkan,aliya terpaksa dirujuk ke pakar pemakanan disebabkan berat badan masih tidak bertambah..usia sudah mencecah 10 bulan tetapi berat masih 4.4kg shj...sedih sgt bila mngenangkan nasib aliya..seawal 22 hari dia da terpaksa pisah susu dgn ibu...arwah ibu lsg xsempat nak 'mencara' ke aliya disebabkab sakit...aliya xpernah merasa kasih syg seorang ibu..yg mgkin dia kenal skg hanyala bibik...sedihnya....anak2 arwah terpaksa berdikari wlupun masing2 masih kecil lg...msa aku umur diorng dulu,isi nasi dlm pinggan pun mak lg yg buatkan...tp ape kan daya,Allah lebih menyanyangi ibu mereka...semoga anak2 buah anjang tabah menghadapi semua ini...

Wednesday, March 2, 2011

::: 25 Jenis Wanita :::


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

 12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit  suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc.

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

Hadis nabi mengenai wanita: Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Wallahua'lam..

::: 19 Hadis nabi mengenai wanita :::


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka